suria

Punca kematian Sala didedah, Ibbotson belum ditemui

Sala diumum kematiannya ketika mayat dibawa ke Portland.

PUNCA kematian Emiliano Sala disebabkan kecederaan teruk apabila pesawat ringan yang dinaikinya terhempas di Selat Inggeris.

Penyerang Cardiff City berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan di kepala dan tubuh selepas pesawat Piper PA-46 Malibu terhempas apabila tidak dapat dikesan oleh pengawai udara pada 21 Januari lalu.

Pemain Argentina itu terbang dari Nantes ke Cardiff bersama juruterbang David Ibbotson ketika terhempas di lautan Guernsey.

Pegawai kanan inkues koroner, Ian Parry memberitahu, Sala disahkan meninggal dunia apabila mayatnya tiba di Portland pada 7 Februari lalu.

Mayatnya dikenal pasti menerusi bukti cap jari dan dianalisis oleh pakar, Christopher Bradbury.

Juruterbang Ibbotson masih belum ditemui.

"Pesawat Malibu meninggalkan lapangan terbang di Perancis untuk ke Cardiff bersama dua orang, David Ibbotson dan penumpang Emiliano Sala.

"Pusat kawalan udara gagal hubungi ketika penerbangan dan pencarian terus bermula.

"Pesawat ditemui di dasar laut di kawasan antarabangsa.

"Mayat  kemudiannya dikenal pasti sebagai Sala," jelas Parry.

Manakala mayat Ibbotson,59, dari Crowle, Lincolnshire masih belum ditemui.

Isteri dan anaknya memberitahu mereka tidak akan berhenti untuk mencarinya."Dia telah mati. Kami tahu - tetapi kami mahu dia dibawa ke rumah," ujar isteri Ibbotson. -Metro.co.uk

Emiliano Sala, David Ibbotson

Artikel Lain