suria

Hakeem al-Araibi kini bebas, kembali ke Australia

Hakeem ditahan di penjara Thailand selama dua bulan.

PELARIAN politik yang juga pemain bola sepak Hakeem al-Araibi akhirnya kembali ke Australia selepas dua bulan di tahan di Thailand.

Pemain bola sepak sebuah kelab di Australia, Pascoe Vale berusia 25 tahun itu ditahan di Bangkok selama dua bulan berikutan dakwaan menyerang sebuah balai polis di Bahrain menggunakan bom petrol pada tahun 2011.

Dia terbang ke Australia pada tahun 2014 mendapat status suaka politik sebelum ditahan di Bangkok November lalu ketika ingin berbulan madu.

Peguam Negara dalam Divisyen Perhubungan Antarabangsa Chatchom Akapin memberitahu, permintaan kes ektradisi oleh Bahrain telah digugurkan.

"Mahkamah kini mengarahkan untuk membebaskan Hakeem daripada penjara.

"Tidak ada lagi penahanan kepadanya. Terpulang kepadanya ke mana untuk pergi selepas ini. Kini dia lelaki bebas," ujarnya pada Isnin.

Gambar Hakeem dalam perjalanan pulang ke Australia dimuat naik oleh Presiden Australia.

Proses kes ekstradisi telah digugurkan oleh Mahakamah Jenayah pada Isnin yang secara rasmi Hakeem boleh kembali ke Australia.

Perdana Menteri  Australia Scoott Marrison turut memuat naik status di Twitternya mengenai pembebasan itu.

"Hakeem al-Araibi dalam perjalanana pulang ke rumah untuk bersama isteri dan kelaurga. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Australia kerana memberi sokongan sehingga mencapai keputusan tersebut," tulisnya.

"Kami juga menghargai dan terima kasih kepada Kerajaan Thai yang memberi kerjasama yang membebaskan Hakeem kembali ke  Australia."

Marrison nenambah, beliau berterima kasih juga kepada Bahrain yang telah membina dialog bersama untuk menyelesaikan kes ini.

Sebelum ini bekas pemain Bawah 23 Tahun Bahrain itu merayu supaya  dihantar kembali ke negaranya kerana dia  bakal dipenjara dan disiksa.

Dia juga menafikan perbualan menyerang balai  polis atau mengutuk kerajaan Bahrain sebelum ini.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu bersama abangnya yang aktif dalam bidang politik di Bahrain.- Dailymail.co.uk

Hakeem al-Araibi, Australia, Bahrain

Artikel Lain