suria

"Sala pastinya bangga"- Warnock beremosi selepas Cardiff catat kemenangan

Warnock bertafakur seketika sebelum perlawanan bertemu Bournemouth.

NEIL Warnock memberitahu kepada pemain-pemainnya bahawa Emiliano Sala pasti akan bangga selepas Cardiff City menang 2-0 ke atas Bournemouth.

Pengurus itu kelihatan beremosi berjalan di padang meraikan kemenangan bersama penyokong-penyokong kelab.

Ia kemenangan pertama di laman sendiri sejak mengikat Sala, namun bekas pemain Nantes itu tidak berkesempatan untuk bermain selepas pesawat ringan yang dinaikinya hilang di lautan Channel sejak 21 Januari lalu.

Keputusan itu juga menyaksikan Bluebirds kini menduduki tangga ke-17 Liga Perdana dan Warnock akui ia adalah ganjaran kepada prestasi yang baik.

"Sejak 10 hari lalu, situasi agak beremosi.

"Saya beritahu kepada pemain-pemain 'saya tahu dia tidak ada di sini hari ini, tetapi Emiliano pastinya berbangga dengan kita.'

"Saya fikir semua pemain sangat menakjubkan. Saya fikir mereka seperti berada di Arsenal  yang membuatkan saya kecewa kerana tidak menang hari itu.

"Kami bekerja mengikut sistem dan akan terus melakukannya.

"Kami tahu mereka ada banyak peluang, ada ramai pemain hebat. Malah mempunyai pemain bernilai 86 juta pound di bangku simpanan.

"Tetapi kami ada pemain bernilai 3 juta pound (di bangku simpanan)!," jelasnya

Pada Rabu lalu, Cardiff tewas 2-1 kepada Arsenal.-Onefootball

Cardiff City, Sala, Warnock

Artikel Berikut

Artikel Lain