suria

Muat naik imbasan X-Ray, Andy Murray tak perasan alat sulitnya turut terdedah

PEMAIN tenis terkenal, Andy Murray menjalani rawatan berkaitan pinggangnya di sebuah klinik di London pada Isnin.

Perkara itu didedahkan oleh Andy menerusi posting di media sosial miliknya.

Selain gambar dia dalam pakaian pesakit sedang terbaring di atas katil, dia turut memuat naik paparan imbasan X-ray.

Perkongsian itu bagaimanapun pantas menjadi tular dan menarik perhatian ramai.

Ia berikutan imbasan X-ray bahagian tulang pinggang juara Wimbledon itu turut memaparkan bahagian alat sulitnya.

Besar kemungkinan Andy sendiri tidak perasan imej alat sulitnya turut terpapar dalam imbasan berkenaan.

Rata-rata peminat Andy turut berjenaka mengenai perkara itu di laman Twitter.

"Tak tahu lah kalau orang lain perasan, anda boleh nampak alat sulit Andy dalam imbasan X-ray ini. Apa-apapun semoga cepat sembuh," tulis seorang individu.

Andy kini bergelut dengan kecederaan dan belum membuat keputusan sama ada mahu menanam besi di tulangnya agar dia dapat bertahan lebih lama dalam sukan tenis.

Dia mula mengalami sakit itu sejak perlawanan terakhirnya di Melbourne. - Daily Mail.

 

Andy Murray, Tenis, X-ray

Artikel Lain