suria

Manchester United terus ikat McTominay

Solskaer bersama McTominay yang menyambung kontraknya bersama United sehingga 2023.

BINTANG muda Scott McTominay diberi kontrak sambungan bersama Manchester United sehingga 2023.

Pemain muda kelahiran Scotland berusia 22 tahun itu bakal menerima gaji 30 ribu seminggu dan turut mendapat pilihan untuk berada di Old Trafford setahun selepas kontraknya tamat.

Ia merupakan 'habuan' buat McTominay yang telah menunjukkan progres baik selepas penampilan pertama menentang Arsenal pada mei 2017 setelah tamat di akademi United.

"Manchester United menjadi sebahagian hidup sejak usia lima tahun dan sebuah kelab yang saya sentiasa sokong dan idamkan.

"Saya masih muda dan proses pembelajaran berterusan daripada pengurus, staf jurulatih dan daripada pemain-pemain bertaraf dunia yang berada dalam skuad ini.

"Saya memang tidak sabar untuk meningkatkan progres bersama kelab hebat ini," ujar McTominay.

Kemungkinan McTominay bakal menjadi pemain pinjaman bersama Celtic bulan ini.

Malah terdapat beberapa kelab menunjukkan minat terhadapnya.

Namun kecederaan yang dialami Maroune Fellaini membuka peluang buatnya untuk terus bersama skuad utama.

Pengurus sementara kelab Ole Gunnar Solskaer berkata: "Scott telah lama berada bersama kelab pada usia muda.

"Dia menunjukkan progres yang baik sepanjang berada di akademi beberapa tahun sebelum ini.

"Scott pemain tengah yang sedang meningkat naik. Dia seorang pemain yang bijak dan ada keinginan untuk terus belajar," jelasnya. -Dailymail

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain