Bakal sertai 4 kejohanan di AS, Rafiq sasar kedudukan 10 terbaik - Sukan | mStar

Bakal sertai 4 kejohanan di AS, Rafiq sasar kedudukan 10 terbaik

MESKIPUN baharu sahaja bergelar juara dunia acara perseorangan lelaki di Kejohanan Boling Lelaki Dunia di Hong Kong, bulan lalu, tiada istilah rehat bagi Muhammad Rafiq Ismail.

Rafiq berjaya menamatkan penantian selama 39 tahun negara pada kejohanan berprestij tersebut yang kali terakhir dimenangi  trio J.B Koo, Allan Hooi dan Edward Lim pada 1979 di Manila.

Menurut pemain berusia 22 tahun itu, dia akan menyertai empat kejohanan utama di Amerika Syarikat (AS) bulan depan sebagai medan pemanas badan bagi menghadapi temasya Sukan SEA Manila, November ini.

“Setiap kejohanan saya mensasarkan untuk kedudukan 10 terbaik. Saya tidak mahu memberi tekanan kepada diri saya. Saya akan cuba harungi satu persatu dengan baik.

“Kejohanan ini lebih kepada acara individu dan ini kali kedua saya berlepas berseorangan tanpa pasukan. Jadi saya hanya harapkan yang terbaik di sana nanti,” katanya ketika ditemui di Studio Astro Arena di Petaling Jaya, petang Sabtu.

Empat kejohanan tersebut adalah Kejuaraan Pemain PBA (17 Februari), Terbuka PBA Indianapolis (24 Februari), Terbuka PBA Jonesboro (3 Mac) dan Siri Dunia Boling X (21 Mac).

Terdahulu, Rafiq diumumkan sebagai pemenang Anugerah Jagoan Nadi Arena (AJNA) 2018.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu berjaya menewaskan empat pencabar lain dengan meraih 52.04 peratus undian.

Selain muncul juara dunia di Hong Kong tahun lalu, Rafiq turut memenangi pingat emas Sukan Asia Indonesia bagi acara Masters Lelaki.

Beliau turut merangkul pingat perak bergandingan dengan Ahmad Muaz Mohd Fishol dan Timmy Tan pada acara trio lelaki Sukan Asia Indonesia 2018.

Pencapaian cemerlang itu membolehkan Rafiq disenaraikan bersama dengan empat atlet menyinar tahun lalu iaitu Goh Jin Wei (badminton), Azizulhasni Awang (basikal trek), Mohd Ridzuan Puzi (olahraga paralimpik) dan Syarul Azman Mahen Abdullah (bina badan).

Mengulas mengenai kejayaannya dinobatkan sebagai pemenang AJNA edisi kedua, Rafiq bersyukur kerana terpilih memenangi trofi tersebut.

“Saingan agak sengit tapi alhamdulillah dalam 10 terbaik saya berjaya memenanginya. Saya cukup bertuah dan berazam untuk melakar lebih banyak kemenangan selepas ini,” katanya.

Rafiq berkata dia menggunakan platform media sosial untuk meraih undian daripada netizen.

“Saya buat posting di media sosial untuk tarik perhatian remaja. Tak sangka ramai post page undian saya.

“Saya juga berterima kasih kepada keluarga saya kerana mereka banyak membantu kejayaan saya. Saya percaya hanya yang terbaik akan menang,” katanya.





Rafiq , boling

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain