suria

Southgate calon pengurus Manchester United

MANCHESTER United meletak Gareth Sourthgate dalam senarai pendek calon pengurus untuk musim akan datang.

Nama ketua jurulatih England itu dipilih selepas potensi untuk mendapatkan Mauticio Pochettino tipis memandangkan dia mahu kekal di Tottenham.

Selepas pemecatan Jose Mopurinho bulan lalu, United melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus sementara sehingga musim ini.

Pochettino menjadi pilihan utama, namun United terpaksa mengalih arah kerana khuatir pengendali kelahiran Argentikna itu mahu terus membina kariernya di Spurs.

Southgate baharu sahaja menyambung kontraknya bersama England sehingga akhir Piala Dunia 2022.

Selain itu, Zinedine Zidane juga turut menjadi pilihan selepas membawa kejayaan cemerlang dengan tiga trofi Liga Juara-Juara sepanjang bersama Real Madrid.

Namun Solskjaer juga mungkin dipertimbangkan untuk mengekalkan peranannya selepas menunjukkan sentuhan memberangsangkan sepanjang mengendali United setakat ini.

Gareth Soutgate

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain