suria

Ronaldo diminta serah sampel DNA untuk bantu siasatan kes rogol

Kejadian itu dikatakan berlaku pada 2009. FOTO: First Post Nigeria

PASUKAN polis Las Vegas mengeluarkan waran supaya sampel DNA pemain sensasi, Cristiano Ronaldo diambil bagi membantu siasatan dakwaan rogol ke atasnya.

Menurut peguam yang mewakili Ronaldo, ia merupakan perminataan biasa dan tiada apa yang hangat perlu diperkatakan mengenai hal itu.

Ia berikutan dakwaan yang mengatakan Ronaldo merogol Kathryn Mayorga di sebuah hotel di Las Vegas pada 2009.

"Ronaldo kekal dengan pendiriannya. Apa yang berlaku di Las Vegas pada 2009 adalah atas kerelaan kedua-dua individu.

"Jadi tak pelik kalau diminta DNA, ini sekadar sebahagian daripada siasatan pihak berkuasa sahaja," ujar peguam Ronaldo menerusi satu kenyataan.

Menurut pendedahan majalan sukan mingguan Jerman, Der Spiegel, pihak Ronaldo pernah menghubungi wanita itu pada 2010 untuk menyelesaikan kes mereka tanpa sebarang campur tangan perundangan.

Malah, wanita itu dikatakan menerima tawaran sejumlah wang daripada Ronaldo jika dia bersetuju untuk tidak mendedahkan hal tersebut.

Mayorga bagaimanapun enggan berbuat demikian.

Malah, dia turut mendapat keberanian untuk tampil kehadapan gara-gara terinspirasi dengan pergerakan #MeToo yang memperjuangkan mangsa serangan seksual. - BBC.Com.

Artikel Sebelum

Mourinho kini jadi pengulas sukan

Artikel Lain