suria

Faris sarung jersi Perlis

Faris menyarung jersi Perlis bagi saingan Liga Malaysia musim 2019. Foto kredit: Perlis Northern Lions

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) berjaya mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Singapura, Muhammad Faris Ramli dari Kelab PKNS FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2019.

Perkembangan terbaharu tersebut dimaklumkan PFA menerusi status terbaharu dalam laman Facebook rasmi; Perlis Northern Lions.

PFA menjelaskan Muhammad Faris, 26, yang membuat 47 penampilan bersama Singapura, bakal mengisi kuota pemain Asia.

Pemain yang boleh beraksi di bahagian sayap itu memulakan karier bersama pasukan muda Singapura, Young Lions dari 2010 sehingga 2012 sebelum menyertai kelab Lions XII dari 2013 sehingga 2015.

Selepas Lions XII dibubarkan, Muhammad Faris kembali ke Singapura dan menyertai kelab Home United dari 2016 dan 2017, sebelum dipancing oleh PKNS FC pada musim lepas.- Bernama

Muhammad Faris Ramli, Perlis

Artikel Lain