Peng Soon-Liu Ying ambil masa hanya 26 minit tumpaskan Thailand - Sukan | mStar

Peng Soon-Liu Ying ambil masa hanya 26 minit tumpaskan Thailand

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying bermula dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Thailand Masters 2019 di Bangkok, Thailand, Selasa.

Pasangan pilihan utama yang beralih menjadi pemain profesional selepas meninggalkan skuad kebangsaan baru-baru ini, hanya mengambil masa 26 minit untuk menewaskan Tinn Isriyanet-Chasinee Korepap dari Thailand; 21-16 dan 21-10 pada pusingan pembukaan di Stadium Tertutup Huamark, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfworldtour.bwfbadminton.com.

Satu lagi pasangan Malaysia yang merupakan pilihan ketujuh, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei turut menempah tempat ke pusingan kedua selepas menumpaskan Lin Chia Yu-Hsu Ya Ching dari Taiwan; 16-21, 21-12 dan 21-13 dalam satu lagi aksi pusingan pertama.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, Lim Yin Fun mara ke undian utama setelah mengalahkan Disha Gupta dari Amerika Syarikat, 21-13 dan 21-12 dalam aksi kelayakan.

Saingan Thailand Masters 2019 yang merupakan kejohanan Jelajah Dunia BWF berstatus Super 300 (peringkat kelima), menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$150,000 (RM616,715). - Bernama

Peng Soon , Liu Ying

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain