Emery jawab teka-teki Arsenal ingin ikat Cahill - Sukan | mStar

Emery jawab teka-teki Arsenal ingin ikat Cahill

Emery gembira pasukannya berjaya memenangi perlawanan ke atas Fulham setelah tewas di tangan Liverpool. - Reuters

UNAI EMERY enggan bercakap mengenai perpindahan yang akan dilakukan oleh Arsenal untuk menandatangani Gary Cahill daripada Chelsea FC pada Januari ini.

Kelab di sebelah utara London itu berkemungkinan dikaitkan dengan beberapa pemain pada bulan ini kerana Emery mempertimbangkan untuk mengukuhkan skuadnya ketika di tengah-tengah kempen.

Pemain pertahanan Chelsea FC, Cahill telah disebut-sebut sebagai sasaran kelab itu apabila bekas pemain antarabangsa England tersebut hampir tidak pernah bermain ketika berada di bawah pimpinan Maurizio Sarri di Stamford Bridge.

Bagaimanapun, pengurus Arsenal, Emery kini menolak cadangan bahawa pasukannya akan menandatangani Cahill.

Ketika ditanya secara langsung sama ada Gunners akan membuat keputusan untuk mengikat Cahill bulan ini, Emery menjawab pada Selasa: "Kami tidak bercakap mengenainya."

Emery berkata demikian pada sidang akhbar selepas menonton pasukannya meraih kemenangan 4-1 ke atas Fulham di The Emirates dalam perlawanan pertama mereka bagi 2019.

Bos Gunners tersebut gembira dapat melihat pasukannya kembali memenangi perlawanan setelah tewas kepada Liverpool 5-1 pada hujung minggu lalu.

Kata Emery: "Kami perlu menang hari ini. Kami bercakap sebelum ini di dalam bilik persalinan bahawa hari ini harus menjadi hari di mana kami tampil konsisten.

"Kami tahu bahawa hari ini kami boleh memenangi tiga mata dan tiga mata itu akan memberikan kami kedudukan selamat dalam jadual." - The Sport Review

Unai Emery

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain