suria

Southgate, Kane terima anugerah daripada Ratu England

Southgate dan Kane ketika aksi Piala Dunia untuk England Jun lalu.

GARETH Southgate dan Harry Kane menerima penghargaan daripada Ratu England berikutan pencapaian cemerlang pada Piala Dunia Jun lalu.

Pengurus Southgate,48, dan kapten Kane,25, membantu England melangkah kaki ke separuh akhir buat kali pertama selepas 1990 sekaligus pencapaian membanggakan England selepas mengalami beberapa siri kekecewaan dalam kejohanan utama.

Southgate menerima anugerah OBE (Official of the Most Excellent Order of the British Empire) manakala Kane dikalungkan dengan MBE (Member of the Most Excellent Order of the British Empire) bagi individu atau pegawai cemerlang dalam memberi perkhidmatan kepada komuniti.

Manakala pemain kriket Alastair Cook dan bekas kapten ragbi England Bill Beaumont bakal menerima gelaran 'Sir'.-Dailymail

Gareth Southgate, Harry Kane

Artikel Lain