Kafa sambar khidmat pemain Jepun - Sukan | mStar

Kafa sambar khidmat pemain Jepun

Bibi Ramjani Ilias Khan.

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan akan mendapatkan khidmat bekas pemain kelab Phnom Phen Crown FC (PPCFC) Yuka Suzuki yang beraksi pada saingan Liga Kemboja bagi memperkuatkan pasukan Kelantan menjelang saingan Liga Premier musim depan.

Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata pihaknya bakal mengikat pemain berusia 28 tahun dari Jepun itu selama semusim untuk membantu pasukan The Red Warriors (TRW).

"Majlis menandatangani kontrak dengan pemain berkenaan akan berlangsung dalam masa terdekat dan dijangka pemain itu akan menyertai latihan bersama pasukan pada 1 Januari depan.

"Kita harap Suzuki dapat menggunakan pengalamannya beraksi di Liga Kemboja untuk membimbing barisan muda Kelantan nanti," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Suzuki merupakan pemain import kedua Kelantan selepas KAFA hanya mengekalkan seorang pemain import musim ini iaitu Cassio Francisco De Jesus dari Brazil yang bermain di posisi pertahanan.

Bibi Ramjani berkata Suzuki akan bermain di posisi tengah yang akan bergandingan bersama Nik Akif Syahiran Nik Mat.

"Kedua-dua pemain import ini ditaja oleh penaja kami bagi membantu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh persatuan ketika ini.

"Bagi pemain tempatan, kami sudah mencukupi kuota yang diperlukan selepas sudah menandatangani kontrak bersama beberapa pemain tempatan dari luar Kelantan dan mengekalkan 80 peratus pamain muda musim lepas," katanya.

Sebelum ini, KAFA telah mengesahkan mendapatkan khidmat pemain bekas pemain Melaka United (MU) Fauzi Roslan dan Mohd Saufi Muhammad bagi mengisi posisi penyerang dan pengaja gol. - BERNAMA

Kafa , Yuka Suzuki

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Zac Anderson perkuat Perak musim depan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain