Mourinho kembali ke Portugal, tonton bola sepak bersama anak - Sukan | mStar

Mourinho kembali ke Portugal, tonton bola sepak bersama anak

SELEPAS dipecat pada Selasa lalu, Jose Mourinho pulang ke rumah keluarganya dekat Azeitao, Portugal.

Dia meluangkan masa menyaksikan perlawanan bola sepak di tempat kelahirannya, Setubal bersama anak lelakinya, Jose Mario pada Sabtu lalu.

Malah bekas pengendali Manchester United itu kini mempunyai banyak masa untuk meraikan sambutan Krismas bersama isterinya, Tami dan dua anaknya, Matilde dan Mario.

Difahamkan Tami, 52, baru kembali pulih selepas menjalani dua pembedahan di sebuah hospital sehingga memaksa Mourinho terbang ke Portugal pada Januari lalu.

Menurut laporan, Tami telah menjalani pembedahan kecemasan di Lisbon selepas mengalami komplikasi akibat pembedahan pertama.

Ibu dua anak itu turut membatalkan cuti Krismas yang dirancang bersama anaknya di Brazil.

Ibu Mourinho akan menyertai makan malam bersama keluarga tersebut di kediaman mereka di Azeitao yang dibeli pada 2008.

Kediaman berharga 1.4 juta pound sterling itu merupakan salah satu daripada lima hartanah dimiliki Mourinho di Portugal.

Ini adalah kali kedua Mourinho meraikan sambutan Krismas tanpa bapanya, Jose Mourinho Felix yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru dan pendarahan otak pada Jun tahun lalu.

Ketika dipecat oleh Chelsea pada hujung tahun 2015, Mourinho terbang ke Porto de Galinhas yang terletak di Parnambuco, timur laut Brazil untuk bercuti bersama keluarganya.

Dia dilihat meraikan sambutan Tahun Baru bersama isteri dan anaknya di sebuah vila yang memiliki kolam renang dan gazebo peribadi berharga 7,500 pound sterling seminggu.

Namun media Portugal turut melaporkan Mourinho akan kekal di Portugal pada awal tahun 2019 untuk menentukan karier bola sepaknya sebelum isteri dan anaknya kembali ke United Kingdom (UK) yang menjadi rumah kedua mereka sejak beberapa tahun lalu. - Express.co.uk

Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Chelsea risik Fekir dari Lyon

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?