Pengasas seni pertahankan diri Malaysia AJ Pyro kembali ke pentas ONE Championship - Sukan | mStar

Pengasas seni pertahankan diri Malaysia AJ Pyro kembali ke pentas ONE Championship

AJ Pyro kembali ke gelanggang pada aki pembukaan Januari ini. Foto: ONE Championship

PETALING JAYA: Pembukaan musim baharu ONE Championship bakal menampil peserta lebih berpengalaman Januari depan.

Pengasas seni mempertahankan diri Malaysia, AJ “Pyro” Lias Mansor, antara peserta yang sudah mengesahkan untuk aksi acara pertama bagi tahun 2019.

Pemain berusia 43 tahun ini dijangka kembali di pentas ONE: Eternal Glory, yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, Indonesi pada 19 Januari ini.

Dia dijadualkan berdepan pemain Indonesia, Yohan “The Iceman” Mulia Legowo, dalam kategori featherweight.

Selepas dua tahun, AJ Pyro membuat kemunculan pertama peserta kelahiran Sabah ini di organisasi seni mempertahankan diri terbesar dunia.

Perlawanan terakhirnya sebelum ini adalah di ONE: Quest For Power yang secara kebetulan turut berlangsung di Jakarta pada Januari 2017. “Saya sudah tidak sabar.

“Sudah lama rasanya ‘bercuti’ di pentas terkenal ini.

"Pastinya saya berasa amat teruja kembali ke gelanggang ONE Championship ini," jelas juara Kejohanan Malaysia ONE Featherweight itu.

Selepas muncul pada perlawanan terakhinya, pemilik Borneo Tribal Squad ini menghabiskan masa dengan melatih atlet ONE, "Zephyrus" Samsudin; Audreylaura "Ice Comet" Boniface dan Jeremy “The Jaguar” Miado.

Pengumuman perlawanan rasmi akan dibuat hujung minggu ini bakal turut menampilkan seorang atlet kesayangan Malaysia, Jihin “Shadow Cat” Radzuan pada perlawanan pertamanya bersama organisasi  ini.

Sementara itu peserta Indonesia Priscilla Hertati Lumban Gaol akan berdepan Puja Tomar dari India dalam pertempuran atomweight.

Manakala peserta lain yang turut beraksi, juara Dunia ONE Strawweight, Joshua “The Passion” Pacio yang akan mempertahankan gelarannya pada acara kemuncak, malam itu.

Berikut adalah senarai  barisan rasmi ONE: Eternal Glory (setakat 20 Dec):

Joshua Pacio VS Yosuke Saruta – ONE Strawweight World Championship

Priscilla Hertati Lumban Gaol VS Puja Tomar –  atomweight wanita

Stefer Rahardian VS Robin Catalan – straw weight

Sunoto VS Xie Jun Peng – bantam weight

Joseph Lasiri VS Jonathan Haggerty – Muay Thai flyweight

Yohan Mulia Legowo VS AJ Lias Mansor –  featherweight

Florent Kaouachi VS Steve McKinnon – kickboxing middleweight

Ahmad Qais Jasoor VS Masakazu Imanari – featherweight

Kharun Atlangeriev VS Koji Ando – lightweight       

AJ Pyro , ONE Championship

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain