suria

Gol Hazard pada akhir perlawanan bawa Chelsea ke separuh akhir Piala Carabao

Jaringan Hazard berjaya memberikan kemenangan 1-0 kepada Chelsea. - RTE

EDEN HAZARD yang masuk daripada bangku pemain simpanan berjaya membawa Chelsea ke separuh akhir Piala Carabao setelah menewaskan Bournemouth 1-0.

Pemain itu tidak beraksi pada awal permainan disebabkan oleh kecederaan kaki, tetapi dia muncul pada 30 minit terakhir dan berjaya menjaringkan gol tunggal pasukannya enam minit sebelum tamat perlawanan.

Gol ke-10 Hazard musim ini memberikan harapan kepada Maurizio Sarri untuk menggenggam pingat perak dalam tangan, sekali gus mematikan usaha Cherrie untuk mara ke separuh akhir Piala Liga pertama.

Pertembungan mereka turut berlangsung di pentas dan kejohanan sama pada tahun lalu.

Kedua-dua skuad melakukan enam pertukaran, dengan Bournemouth meletakkan tiga pemain pertahanan, lima pemain tengah dan satu di barisan depan termasuk Callum Wilson yang dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge pada Januari.

Chelsea menepati ramalan dengan menguasai bola sementara Wilson kemudian menunjukkan kualiti permainan sehingga menarik perhatian The Blues.

Dia berpaling daripada Antonio Rudiger dan menjumpai pasangan penyerangnya, Lys Mousset.

Peluang terbaik Chelsea pada babak pertama dicipta oleh Ruben Loftus-Cheek. - RTE

Eden Hazard

Artikel Berikut

Artikel Lain