17 buah negara sertai Larian Bentong 2018 - Sukan | mStar

17 buah negara sertai Larian Bentong 2018

Edisi pertama Larian Bentong berlangsung tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Larian ‘Bentong Half Marathon 2018’ yang berlangsung Ahad ini bakal menampilkan 17 negara termasuk Malaysia yang mengambil bahagian.

Selepas kejayaan edisi pertama sebelum ini, Larian Bentong 2018 yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Bentong telah menarik perhatian peserta-peserta luar negara berdasarkan laluan mencabar.

Menurut penganjur, antara negara yang terlibat tahun ini termasuk peserta dari China, Jepun, New Zealand, Kenya dan banyak lagi.

“Selain cenderahati hadiah medal dan barangan, kami juga turut menyediakan wang tunai kepada pemenang tempat pertama hingga kelima.

“Larian akan bermula dan tamat di Dataran Bentong bermula pukul 6.30 pagi,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Seramai 1500 peserta telah mendaftar untuk acara larian kali ini bagi kategori 5 kilometer, 10km dan juga 21km.

Hadiah tempat pertama bernilai RM2500, kedua RM1000, manakala tempat ketiga hingga kelima sebanyak RM500.

Penaja utama edisi kedua kali ini Nu-Prep, Newton Running selaku penaja pakaian rasmi manakala turut bersama N8 dan Howei.

Larian Bentong 2018

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain