suria

"Mahu lihat bola sepak normal...jangan tengok hitam atau putih, lihat sebagai pengurus bola sepak"

Campbell dilantik pengurus kelab Macclesfield.

SOL Campbell memberitahu sudah tiba masanya untuk menjadikan  'normal' apabila melihat seorang pengurus berkulit hitam.

Impian bekas pemain pertahanan England itu untuk bergelar ketua jurulatih akhirnya menjadi kenyataan apabila dilantik menguruskan Macclesfield Town.

Bekas bintang Arsenal itu yang telah bersara enam tahun lalu hanya diberi peluang menguruskan sebuah kelab dalam Liga Dua sebelum ini.

Jauh di sudut hati Campbell khuatir peluang ini tidak akan muncul dan berkata:"Ada satu masa saya pernah terfikir 'adakah ia akan berlaku?'. Saya tidak tipu.

"Saya telah merantau, berada di tempat sendiri. Malah saya pernah pergi temuduga jauhnya selamanya sepuluh jam perjalanan.

"Saya sepatutnya dilantik menjadi duta British Airways berdasarkan jumlah penerbangan dan jarak yang saya buat sebelum ini.

"Dalam tempoh itu saya ada pergi ke kelab-kelab di Itali, kelab Inggeris dan menghabiskan tiga hingga empat hari melihat  latihan dan berbincang dengan pengurus," ujarnya.

Campbell,44, menjadi salah satu daripada lapan orang pengurus yang berada dalam empat divisyen terbaik.

"Anda mahu situasi menjadi normal - anda jangan tengok hitam atau putih, anda perlu lihat pengurus bolasepak," ujarnya.-Dailymail

Sol Campbell

Artikel Lain