suria

Messi, Neymar tersenarai antara pemain dengan jaringan terbanyak dalam Liga Juara-Juara

Messi dan Neymar turut berada dalam senarai itu. - FOTO: Daily Star

SELAIN pendapatan yang diperoleh, rekod jaringan gol turut menjadi kebanggaan utama para pemain bola di seluruh dunia.

Baru-baru ini, senarai pemain yang menghasilkan jaringan terbanyak untuk musim ini dalam Liga Juara-Juara diterbitkan.

Untuk musim 2018 hingga 2019 setakat ini, rekod jaringan dipegang oleh Robert Lewandowski dengan catatan enam gol.

Dia merupakan pemain untuk pasukan Bayern Munich.

Mengekori rapat di tangga kedua ialah Edin Dzeko dari Roma dengan catatan lima gol, diikuti pemain sensasi, Lionel Messi juga dengan lima gol di tangga ketiga.

Bintang Juventus, Paulo Dybala pula berada di tangga keempat dengan catatan empat gol dalam musim ini.

Tempat kelima disandang Harry Kane yang bermain untuk Tottenham, juga dengan rekod empat gol setakat ini.

Berikut merupakan senarai penuh rekod penjaring dalam Liga Juara-Juara untuk musim ini.

1. Robert Lewandowski (Bayern Munich) - 6 gol
2. Edin Dzeko (Roma) - 5 gol
3. Lionel Messi (Barcelona) - 5 gol
4. Paulo Dybala (Juventus) - 4 gol
5. Harry Kane (Tottenham) - 4 gol
6. Andrej Kramaric (Hoffenheim) - 4 gol
7. Karim Benzema (Real Madrid) -3 gol
8. Neymar (PSG) - 3 gol
9. Antione Griezmann (Atletico Madrid) - 3 gol
10. Moussa Marega (FC Porto) - 3 gol.

Senarai ini diterbitkan oleh Goal.com.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel Lain