suria

"Duduk rumah, tengok TV jika takut bermain di depan penyokong sendiri" - Mourinho

JOSE Mourinho menyuruh pemain-pemainnya lebih baik berada di rumah dan menonton Manchester United di televisyen sekiranya tidak boleh berdepan dengan tekanan bermain di Old Trafford.

Keputusan seri tanpa jaringan ke atas Crystal Palace Sabtu lalu menyaksikan United hanya mencatat tiga kemenangan di tempat sendiri dalam semua perlawanan  musim ini.

Perlawanan  pembukaan Liga Juara-Jaura bagi Kumpulan H bertemu Valencia dan Juventus sebelum ini juga turut mencatat seri dan tewas.

Mourinho mengakui prestasi United lebih baik bermain di tempat lawan, namun dia memberi pesanan kepada pemain-pemainnya yang berasa takut beraksi di Old Trafford.

"Jika kamu berasa tertekan, duduk di rumah dan apabila saya kata di rumah ia bukan 'rumah stadium', saya kata rumah, rumah dan menonton TV.

"Apabila ada orang datang menyokong, tolonglah. Saya tidak berasa tertekan bermain di tempat sendiri.

"Saya fikir ia mungkin (sesetengah orang berpendapat) tidak ada rasa hormat berada di stadium dan penyokong, dan sebab itu kami memilih untuk bermain jauh daripada tempat sendiri. Saya tidak bersetuju dengan pendapat itu," jelas pengendali Portugis itu.

United mencatat musim terburuk  bertemu Palace dan Mourinho menjadi sasaran kritikan dengan taktik yang digunakan.-Dailymail

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Lain