Bas Boca Juniors diserang penyokong, pemain cedera dan perlawanan ditangguh - Sukan | mStar

Bas Boca Juniors diserang penyokong, pemain cedera dan perlawanan ditangguh

Pemain tengah Boca, Gonzalo Lamardo mengalami kecederaan selepas bas pasukan diserang penyokong.

TINDAKAN penyokong yang menyerang bas pasukan Boca Juniors menyebabkan perlawanan akhir kedua Copa Libertadores terpaksa ditangguhkan.

Perlawanan akhir kedua itu melibatkan pasukan River Plate dan Boca Juniors.

Sebelum perlawanan bermula, Boca Juniors telah meminta doktor untuk memeriksa pemain-pemainnya selepas pihak polis melepaskan gas pemedih mata kepada penyokong yang menyerang bas pasukan.

Setengah jam kemudian, ketika Stadium Monumental sudah dipenuhi dengan penyokong, pegawai pasukan Boca memberitahu kepada media bahawa beberapa orang pemainnya tidak cergas untuk beraksi.

Polis berdepan dengan penyokong-penyokong liar.

Penangguhan  menyebabkan penyokong-penyokong lawan kembali naik angin kerana perlawanan ditukar kepada hari ini (Ahad).

Suasana di luar stadium kembali tegang.

"Mereka membaling batu dan sebagainya," ujar Juan Carlos Crespi, wakil daripada pasukan Boca.

"Semua pemain cedera, anda tidak boleh beraksi dengan keadaan ini," ujar Christian Cribaudo yang merupakan setiausaha agung Boca.

Menurut laporan, enam pemain Boca mengalmi muntah di bilik persalinan kerana terhidu gas yang dibaling ke cermin bas oleh penyokong River di luar stadium.-Eurosport

Copa Libertadores , Penyokong

Artikel Berikut

Keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain