United sedia bincang kontrak sambungan, Smalling mahu gaji lebih tinggi - Sukan | mStar

United sedia bincang kontrak sambungan, Smalling mahu gaji lebih tinggi

MANCHESTER United sedia berbincang dengan Chris Smalling untuk memastikan pemain pertahanan itu kekal di Old Trafford.

Smalling yang kini menerima gaji 80,000 pound seminggu bakal mengakhiri kontraknya hujung musim ini dan difahamkan dia mahu meningkatkan gajinya lebih kurang 120 ribu pound seminggu.

United mempunyai pilihan sambungan kontrak 12 bulan untuk diberikan kepada pemain, walaupun kelab lebih suka dengan kontrak baharu sebelum musim tamat.

Smalling yang menyambut hari lahirnya pada Khamis dikaitkan akan berpindah ke Everton musim depan.

Selain Smalling, kedudukan beberapa pemain pertahanan United yang lain Eric Bailly, Phil Jones, Marcos Rojo dan Victor Lindelof juga agak tidak menentu sepanjang pengurusan Jose Mourinho.

Malah Smalling sendiri kecewa selepas kehilangan tempat dalam skuad England ketika aksi Piala Dunia Jun lalu apabila jurulatih Gareth Southgate mendakwa dia tidak cukup bagus untuk bermain di bahagian belakang.

Namun, secara jelasnya Smalling dianggap pemain United yang paling konsisten ketika skuad itu mengharungi permulaan sukar musim ini.

Bos United masih perlukan seorang lagi pemain pertahanan sebaik sahaja jendela perpindahan dibuka Januari ini.

Sukan , Chris Smalling , Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Didier Drogba umum bersara daripada bola sepak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain