suria

Sepakan penalti Neymar hadiahkan kemenangan 1-0 Brazil ke atas Uruguay

Neymar meraikan kemenangan Brazil ke atas Uruguay bersama rakan sepasukan. - AP

NEYMAR menjaringkan penalti pada babak kedua untuk memberikan Brazil kemenangan 1-0 dalam perlawanan persahabatan ke atas Uruguay pada Jumaat yang mendung di Stadium Emirates, London.

Menurut laporan Eurosport, penyerang Paris St-Germain itu melakukan tendangan pada minit ke-76 selepas Diego Laxalt diputuskan telah mencederakan Danilo.

Ia adalah kemenangan kelima berturut-turut buat Brazil sejak pasukan itu kalah pada Piala Dunia tahun ini di peringkat suku akhir ketika menentang Belgium.

Memetik laporan BBC Sport, Neymar mengalami faul berulang, dengan Uruguay menerima enam kad kuning daripada pengadil Craig Pawson.

Uruguay telah gagal menewaskan pesaing mereka dari Amerika Selatan dalam 10 pertemuan.

Kedua-dua pasukan membariskan pemain hebat dengan Brazil menurunkan pemain Liverpool, Alisson dan Roberto Firmino, manakala Richarlison Everton pula ditarik dari bangku simpanan.

Penyerang Barcelona, Luis Suarez berusaha melakukan yang terbaik untuk Uruguay melalui tendangan jarak jauh dan sepakan bebas yang keduanya diselamatkan oleh Alisson.

Uruguay akan ke Paris minggu depan untuk menentang pemenang Piala Dunia, Perancis.

Perancis pula memiliki rekod tanpa kalah bagi 15 perlawanan sebelum diakhiri oleh Belanda pada Jumaat. - Eurosport/BBC Sport

Neymar

Artikel Lain