suria

Solari dilantik pengurus baharu Real Madrid

Santiago Solari.

REAL Madrid mengesahkan Santiago Solari telah dilantik sebagai pengurus baharu kelab itu.

Solari, 42, sebelum ini berperanan sebagai bos sementara Los Blancos susulan pemecatan Julen Lopetegui yang hanya mengurus 14 perlawanan semasa mengemudi kelab gergasi La Liga itu.

Daripada 14 perlawanan itu, Real Madrid hanya menang enam perlawanan sahaja.

Khidmat Lopetegui berakhir selepas pasukan itu tewas 5-1 di tangan Barcelona di Camp Nou.

Solari pernah beraksi bersama Madrid dari 2000 hingga 2005.

Susulan kejayaannya membantu Real memenangi empat perlawanan, Solari diberikan jawatan tetap.

Mengikut undang-undang di Sepanyol, seorang jurulatih sementara tidak boleh mengemudi mana-mana kelab lebih dua minggu.

Jadi Madrid melantik Solari sebagai pengurus baharu atau sebagai alternatif untuk mengelak didenda.

Pengendali dari Argentina itu menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Real Madrid.

Santiago Solari, Real Madrid

Artikel Lain