Dua sebab Liverpool enggan bida Ramsey didedah - Sukan | mStar

Dua sebab Liverpool enggan bida Ramsey didedah

Aaron Ramsey.

PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp tidak berminat untuk mendapatkan khidmat bintang Arsenal, Aaron Ramsey kerana dua sebab.

Arsenal memberitahu Ramsey minggu ini dalam satu pertemuan serampang dua mata bahawa dia tidak akan ditawarkan kontrak baharu.

Ini bermaksud bintang Wales itu akan meninggalkan Arsenal sama ada pada Januari atau hujung kempen musim ini.

Liverpool turut dikaitkan dengan spekulasi perpindahan pemain berusia 27 tahun itu tetapi Daily Mirror melaporkan The Reds tidak berminat untuk mengemukakan sebarang bidaan.

Bidaan itu tidak dilakukan kerana Liverpool merasakan Ramsey tidak memenuhi kriteria pemain yang dicari Liverpool dan Klopp.

Ramsey akan berusia 28 tahun pada Boxing Day dan Klopp tidak berminat untuk membawa masuk pemain ke Anfield yang menghampiri usia 30 tahun.

Sebab lain Liverpool tidak berminat terhadap Ramsey adalah selepas melihat rekod kecederaan pemain tengah itu.

Manchester United dan Chelsea turut menunjukkan minat terhadap Ramsey.

Namun bekas pemain Liverpool, Steve McMahon menyifatkan Liverpool melakukan kesilapan besar apabila tidak mengambil peluang untuk membawa masuk Ramsey.

"Liverpool akan lebih bagus jika membawa masuk Ramsey. Dia pemain tengah berkualiti yang tiada dalam Liverpool," katanya. - Metro.co.uk


Aaron Ramsey , Liverpool

Artikel Sebelum

Hafizh harap tuah 'winglet' di Sepang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain