suria

Didenda berada dibangku simpanan, Mbappe muncul jaringkan gol

Kylian Mbappe

PENGURUS Paris Saint-Germain Thomas Tuchel mendedahkan dua pemainnya digugurkan dalam senarai  barisan utama kerana masalah disiplin ketika perlawanan bertemu Marseille Ahad.

Bintang juara Piala Dunia Kyliann Mbappe dan pemain tengah Adrien Rabiot diletakkan sebagai pemain simpanan dan hanya dipanggil masuk ketika babak separuh masa kedua.

Mbappe berjaya menjaringkan gol penting PSG pada aksi kemenangan 2-0 itu.

Adrien Rabiot

"Ia melibatkan masalah disiplin di hotel sebelum perlawanan dan sebab itu kami memutuskan mereka tidak akan memulakan perlawanan.

"Sangat memalukan kerana saya tidak suka bermain tanpa Kylian dan Adrien tetapi hari ini keputusan terpaksa dibuat dan selepas itu semuanya kelihatan bagus, ia tamat," jelas Tuchel.

Laporan di Perancis mengatakan bahawa Mbappe dan Rabiot tiba lewat ketika perjumpaan pasukan sebelum perlawanan. - DailyMail.

Kylian Mbappe, Adrien Rabiot

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain