Jual biskut aksi seks Ronaldo, pemilik kafe mohon maaf - Sukan | mStar

Jual biskut aksi seks Ronaldo, pemilik kafe mohon maaf

PEMILIK sebuah kafe di Portugal didesak meminta maaf selepas menjual biskut berbentuk manusia yang menyerupai aksi seks dan dianggap berniat memperlekehkan Cristiano Ronaldo yang terpalit dengan dakwaan rogol.

Jose Goncalves yang menghasilkan dan menjual biskut itu di kafe Our Tase of Portugal di Worcester mendakwa, dia sekadar ingin bergurau.

Tindakan Goncalves dikecam orang ramai selepas penjualan biskut itu tular di media sosial selepas laporan radio BBC mengenainya.

"Saya amat meminati Cristiano Ronaldo. Saya akan mempertahankan Ronaldo kerana saya percaya dengan pendiriannya berhubung kes itu.

"Idea kami adalah untuk menghasilkan 30 keping biskut dan bermain situasi itu dengan rakan dan klien kami yang boleh menerimanya dan semua orang merasakan ia kelakar. Satu hari sahaja!

Ronaldo bersama Mayorga di sebuah kelab sebelum dia didakwa merogol model terbabit.

"Saya minta maaf jika ada yang kurang selesa. Saya hanya ingin minta maaf kepada semua," katanya.

Imej biskut tersebut turut dikecam penyelaras Pusat Rujukan Serangan Seksual Glade, Lydia Johnson.

"Rogol dan serangan seksual bukanlah sesuatu yang perlu dijadikan bahan gurauan. Amat kecewa melihat perkara ini berlaku," katanya.

Ronaldo menafikan sekeras-kerasnya dakwaan rogol yang difailkan model, Kathryn Mayorga di sebuah hotel di Las Vegas pada 2009.

Peguam Ronaldo berkata dokumen yang menunjukkan Ronaldo mengakui dia melakukan hubungan seks dengan Kathryn Mayorga tanpa persetujuannya telah diubah. - Independent.co.uk 

Cristiano Ronaldo , rogol

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain