suria

Chelsea sedia ikat Kante lebih ketat, elak 'gangguan' PSG

CHELSEA telah menawarkan kontrak baharu buat N'Golo Kante bagi memastikan pemain itu 'selamat' di Stamford Bridge.

Kontrak semasa Kante masih lagi berbaki tiga tahun, namun The Blues mahu memastikan gangguan daripada Paris Saint-Germain (PSG) yang sedang mengintainya.

Menurut laporan Daily Mirror, Chelsea bersedia mengikat pemain tengah itu dengan tawaran yang lebih baik.

Kante antara salah seorang pemain penting di kelab apabila membantu Chelsea menjuarai trofi liga pada musim 2017 selepas merangkul gelaran sama ketika di Leicester dan menerima anugerah berganda pemain terbaik.

Malah pemain antarabangsa Perancis berusia 27 tahun itu juga tampil dalam setiap aksi musim ini serta turut menjaringkan gol pada perlawanan pembukaan di Huddersfield dengan kemenangan 3-0.

N'Golo Kante, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Lain