suria

"Hilang berat badan, namun Chong Wei sihat"

PETALING JAYA: Datuk Lee Chong Wei kehilangan berat selepas menjalani rawatan kanser, namun pulih dengan baik, kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Mohamad Norza bertemu dengan jaguh badminton negara  pada Khamis , empat hari selepas Chong Wei pulang dari Taiwan.

Chong Wei berada di Taiwan selama dua bulan bagi menjalani rawatan kanser hidung.

Chong Wei kelihatan sihat dan bertenaga menerusi gambarnya bersama Mohamad Norza.

"Beliau seorang pejuang yang sebenar, saya sangat gembira kerana beliau pulih dengan baik, walaupun kehilangan berat badan sekitar 5kg tapi beliau kelihatan gembira," kata Mohamad Norza, yang juga presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Beliau menambah bahawa Chong Wei memerlukan sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu lagi untuk berehat.

"Kami bercakap tentang rawatannya yang perlu dijalani, kemoterapi dan terapi proton serta mengenai prestasi skuad badminton," katanya sambil menambah Chong Wei gembira dengan kemenangan Lee Zii Jia di Taiwan Terbuka.

Sebelum ini, Chong Wei tidak menjalani latihan selama dua minggu Julai lalu, dan kemudian BAM mendedahkan beliau telah didiagnosis dengan penyakit berkaitan pernafasan.

Chong Wei kemudiannya menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Nanjing dan Sukan Asia pada Julai dan Ogos lalu, setelah mengesyaki sesuatu yang tidak kena selepas beraksi separuh akhir di Terbuka Indonesia di Jakarta.

BAM kemudian mendedahkan bahawa Chong Wei menderita kanser hidung selepas spekulasi mengenai penyakitnya menjadi tular di sosial media.

Lee Chong Wei, Mohamad Norza

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain