suria

Zidane jadi sebutan di Bayern Munich

NAMA Zinedine Zidane menjadi sebutan utama di Bayern Munich untuk menggantikan Niko Kovac.

Ia berikutan prestasi goyang kelab juara Bundesliga itu sejak bermula musim ini.

Kovac yang baharu tiba musim panas lalu dari Eintrackt Frankfurt kini berada dalam tekanan bagi memastikan keadaan berubah.

Selain Zidane,  kelab juga turut menyenarai pendek beberapa lagi nama untuk menggantikan pengurus berusia 46 tahun itu termasuk Laurent Blance dan bekas pengendali Arsenal Arsene Wenger.

Zidane membawa Los Blancos menjuarai tiga trofi kejuaraan liga sebelum ini.

Malah bekas bintang Perancis ini juga dikaitkan dengan Manchester United berdasarkan situasi semasa skuad itu di bawah pengurusan Jose Mourinho.

Zinedine Zidane

Artikel Sebelum

Artikel Lain