Mourinho tidak perlu 'pening kepala' jual rumah jika dipecat - Sukan | mStar

Mourinho tidak perlu 'pening kepala' jual rumah jika dipecat

JIKA Jose Mourinho dipecat, sekurang-kurangnya dia tidak perlu menjual sebarang rumah di Manchester United.

Ini kerana pengurus United itu tinggal Hotel Lowry selama 825 hari sejak tiba di Manchester.

Dia dan keluarganya yang juga tinggal di bandar raya itu termasuk anak perempuannya, Matilda yang merupakan graduan dari Universiti London dalam jurusan seni serta anak lelaki, Jose Mourinho Jnr pernah bermain untuk Fulham sehingga April 2017.

Kontrak pengurus Portugis itu sehingga 2020 di Old Trafford, namun dia memutuskan untuk tinggal di hotel daripada membeli kediaman di Cheshire.

Hotel Lowry menjadi kediaman Mourinho sejak tiba di Manchester United pada tahun 2016.

Harga Riverside Suite di hotel itu bernilai 600 pound (semalaman) dan bermakna dia telah membelanjakan sekitar 500 ribu pound sejak berpindah ke Manchester 

Hotel bertaraf lima bintang itu antara pilihan utama bukan sahaja Mourinho malah menjadi kediaman sementara beberapa bintang ternama seperti Zlatan Ibrahimovic, Eric Bailly, Paul Pogba serta Henrikh Mkhitaryan.

Sementara itu, Mourinho dijangka akan bertemu Ketua Eksekutif Ed Woodward bagi membincangkan masa depannya minggu ini.

Jose Mourinho , hotel

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain