suria

Video intim Ronaldo bersama model dakwa dirogol tular

VIDEO Cristiano Ronaldo menari bersama seorang wanita yang mendakwa dirogol bintang Juventus itu tular di media sosial.

Dalam video tersebut mereka dilihat sedang asyik menari bagaikan pasangan bercinta.

Malah, rakaman yang diambil di dalam sebuah kelab malam di Palms Casino Resort, lokasi penginapan Ronaldo menunjukkan pemain berusia pemain berusia 33 tahun itu dan Kathryn Mayorga berbual mesra.

Pada minit kedua, video yang diambil menggunakan telefon bimbit itu memperlihatkan, pasangan tersebut ketawa sambil berpelukan di ruang VIP.

Pada suatu ketika, Ronaldo dilihat bersandar dan mencangkung di depan model tersebut sebelum mereka menari bersama.

Beberapa jam kemudian, Mayorga mendakwa Ronaldo melakukan serangan seksual terhadapnya di penthouse didiami pemain itu di hotel tersebut.

Menurut model berusia 34 tahun itu, insiden itu berlaku pada Jun 2009 selepas dia diajak Ronaldo ke biliknya.

Dalam satu temubual bersama Der Spiegel, Mayorga mendakwa Ronaldo telah merogolnya walaupun polis Las Vegas berkata mereka menyiasat kes itu sebagai serangan seksual berbanding rogol.

Ronaldo menafikan tuduhan yang difailkan Mayorga di sebuah mahkamah di Las Vegas, Jumaat lalu dan menyifatkan ia sebagai berita palsu.

Pada Isnin, polis di Sin City mengumumkan telah membuka semula siasatan serangan seksual membabitkan Ronaldo pada 2009.

Wakil Ronaldo berkata pemain tersebut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap majalah Der Speigel yang menyiarkan temubual bersama Mayorga, Jumaat lalu.

Majalah yang berpangakalan di Jerman itu turut mendedahkan dokumen mahkamah yang difailkan pada minggu lalu yang tidak didedahkan secara umum oleh pihak berkuasa Amerika.

Pada 2010, Mayorga dilaporkan sudah menyelesaikan kes itu diluar mahkamah dengan Ronaldo membabitkan bayaran sebanyak 288,000 pound sterling agar insiden tersebut tidak didedahkan kepada umum.

Polis Las Vegas mengesahkan kepada The Mirror bahawa mereka menyiasat aduan dibuat pada Jun 2009 tetapi tiada suspek bagi kes itu apabila ia difailkan.

"Pada waktu laporan itu diterima, mangsa tidak menyediakan detektif lokasi insiden atau lakaran wajah suspek.

"Pada September 2018, kes dibuka semula dan detektif kami membuat siasatan susulan terhadap maklumat yang diberika," kata jurucakap polis Las Vegas.

Cristiano Ronaldo, rogol, model

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

"Mourinho memalukan United"

Artikel Lain