Jerman menang undi jadi tuan rumah Euro 2024 - Sukan | mStar

Jerman menang undi jadi tuan rumah Euro 2024

TUAN rumah bagi EURO 2024 telah dipilih di ibu pejabat UEFA di Nyon.

Jerman dan Turki menjadi negara calon yang terpilih ke peringkat akhir.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif UEFA membuang undi mereka termasuk Presiden Persekutuan Bola Sepak Croatia, Davor Suker.

Presiden UEFA kemudian mengumumkan: "Kami mempunyai dua calon yang hebat, dua negara yang bagus dalam bola sepak.

"Malangnya, hanya satu tuan rumah untuk Euro 2024 dan ia akan menjadi milik Jerman.

"Prosedur dilakukan dengan jujur dan undian secara demokrasi."

Bidaan Jerman termasuk menggunakan 10 stadium di Berlin, Cologne, Dortmund, Düsseldorf, Frankfurt, Gelsenkirchen, Hamburg, Leipziga, München, dan Stuttgart.

Ia menekankan tentang hubungan antara bandar yang mudah dan penginapan berkualiti dengan motto 'bersatu oleh bola sepak, di hati Eropah'.

Jerman Barat menjadi tuan rumah Euro 1988 dan Turki pernah membida untuk menjadi hos Euro 2008, 2012 dan 2016.

Kejohanan Euro 2020 akan datang pula akan dihoskan oleh 12 bandar di seluruh Eropah.

Perlawanan kelayakan dijadualkan bermula 2019. - HNS

Euro 2024

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain