suria

Hazard dedah undi Modric untuk menang Pemain Terbaik FIFA

EDEN Hazard mendedahkan dia mengundi bintang Real Madrid dan Croatia, Luka Modric untuk memenangi Anugerah Pemain Terbaik FIFA.

Modric menewaskan bintang Juventus, Cristiano Ronaldo dan pemain Liverpool, Mohamad Salah.

Ia adalah pertama kalinya sejak 2006, pemain Barcelona Lionel Messi tidak disenarai pendek sebagai calon untuk anugerah tersebut.

Calon bagi anugerah itu diundi oleh jurulatih pasukan kebangsaan (25%), kapten pasukan kebangsaan (25%), wakil media terpilih (25%) dan undian secara dalam talian (25%).

Luka Modric.

Modric sering disebut-sebut bakal memenangi anugerah itu selepas menerima anugerah Bola Emas pada aksi Piala Dunia di Rusia apabila mengemudi Croatia menamatkan saingan selaku naib juara.

Ditanya siapa yang dia inginkan untuk memenangi anugerah itu, Hazard mendedahkan:"Saya undi untuk Luka Modric, tetapi Mo Salah adalah kawan saya, jadi saya juga mahu lihat dia menang."

Modric percaya prestasi cemerlangnya bersama Madrid apabila pasukan itu memenangi trofi Liga Juara-Juara dan membantu Croatia mara ke final Piala Dunia membolehkannya merangkul anugerah berprestij itu.

"Ia momen terbaik dalam hidup saya. Saya amat gembira," kata Modric.

Luka Modric, Eden Hazard

Artikel Sebelum

Artikel Lain