suria

Mo Salah buka baju di padang, undang kebimbangan peminat

PEMINAT pasukan Liverpool menyuarakan kebimbangan mereka berhubung kecederaan yang dialami pemain sensasi, Mohamed Salah.

Sewaktu perlawanan menentang Paris Saint-German minggu ini, Salah membuka jersey sewaktu berada di padang sehingga memaparkan pembalut putih yang ditampal di bahunya.

Pembalut putih ditampal di bahunya ekoran kecederaan empat bulan lalu yang masih belum sembuh.

Kecederaan itu dikatakan berlaku empat bulan lalu dalam satu perlawanan yang menyaksikan pasukannya tewas 3-1 di tangan Real Madrid.

Namun, peminat mula gusar kerana dia belum sembuh sepenuhnya dari kecederaan itu yang berlaku pada Mei lalu.

"Salah masih memakai pembalut di bahu," soal seorang peminat di Twitter.

"Salah tukar baju di padang dan kelihatan masih ada pembalut di bahu, kesiannya," tulis seorang lagi peminat.

Biarpun gagal menyumbang sebarang jaringan menerusi perlawanan itu, Salah tetap menjadi tumpuan utama media.-The Sun

Mo Salah, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain