Jia Wei, Kisona rangkul emas badminton - Sukan | mStar

Jia Wei, Kisona rangkul emas badminton

Jia Wei meraikan kemenangannya. foto KAMARUL ARIFFIN/The Star

IPOH: Pemain kebangsaan Tan Jia Wei dan S. Kisona merangkul pingat emas acara badminton Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 yang berlangsung di Arena Badminton, Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh di sini, Selasa.

Turun selaku pilihan kedua, Jia Wei yang mewakili Pulau Pinang, mudah menewaskan pemain bukan pilihan, Aidil Sholeh Ali Sadikin dari Selangor; 21-16 dan 21-19 pada perlawanan akhir perseorangan lelaki.

Sementara Kisona dari Negeri Sembilan menumpaskan pemain tuan rumah, Lee Ying Ying dalam pertarungan sengit tiga set; 25-27, 21-18 dan 21-19 bagi acara perseorangan wanita.

Ketika ditemui pemberita, Jia Wei berkata beliau berpuas hati berjaya menyumbang dua pingat emas dalam acara perseorangan dan berpasukan lelaki pada penampilan terakhirnya pada Sukma kali ini.

“Sebelum ini, saya meraih pingat perak di Sukma Sarawak dan kali ini berjaya menebus kekecewaan dan merangkul dua emas untuk negeri saya. Saya tidak menafikan pihak lawan hari ini mempunyai corak taktikal permainan yang bagus.

“Beliau juga mengalahkan pemain kebangsaan seperti Leong Jun Hao dan mara sehingga ke final. Pada pendapat saya, pemain-pemain negeri yang bertanding di Sukma ini semua bagus dan memberikan saingan hebat kepada kami (pemain kebangsaan),” katanya kepada pemberita.

Pingat gangsa acara perseorangan lelaki dikongsi Yeoh Seng Zoe dari Pulau Pinang dan Faiz Rozain dari Terengganu, manakala pingat gangsa perseorangan wanita menjadi milik Ng Qi Xuan dari Negeri Sembilan dan pemain Perak Eoon Qi Xuan. - BERNAMA

Tan Jia Wei , Sukma

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Raja pecut Sukma pintas dua pelari kebangsaan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain