suria

10 pemain terbaik Fifa 19 didedah, siapa ungguli carta selain Ronaldo, Messi?

EA Sports akhirnya melegakan penyokong Fifa selepas menamakan 10 pemain terbaik dalam permainan video versi terbaharu.

Selepas seminggu terlibat dengan menyenarai pendek 100 bintang, bilangan itu kini dikecilkan dengan muka-muka seperti kebiasaan.

Malah, tiga pemain terbaik adalah yang sama dengan tahun lalu, di mana Neymar menduduki tempat ketiga terbaik dalam permainan video, di belakang rakan sepasukannya, Leo Messi dan bintang Cristiano Ronaldo mengungguli carta.

Di belakang mereka adalah Luka Modric, yang membantu membawa Real Madrid ke Liga Juara-Juara dan mengetuai Croatia ke perlawanan akhir Piala Dunia.

Bintang Liga Perdana Inggeris, Kevin De Bruyne pula menduduki tangga kelima.

Eden Hazard berada pada tangga keenam, diikuti Sergio Ramos yang mendapat pemain pertahanan terbaik dalam permainan video.

Luis Suarez yang merupakan pemain keempat pada musim lalu, jatuh ke tangga kelapan, manakala David De Gea menjadi penjaga gol terbaik pada kedudukan kesembilan.

Toni Kroos pula melengkapkan senarai 10 pemain terbaik, sekali gus merupakan pemain ketiga Real Madrid yang disenaraikan. - Mirror Online UK

Fifa 19

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain