Pemain bola sepak Ukraine meninggal dunia di bilik hotel - Sukan | mStar

Pemain bola sepak Ukraine meninggal dunia di bilik hotel

GEORGE TOWN: Pemain bola sepak Ukraine, Oleksandr Shcherbinin meninggal dunia di bilik hotelnya awal pagi Khamis.

Shcherbinin,57, merupakah salah seorang peserta Kejohanan Asia Pasific Master (APMG) yang kini sedang berlangsung di Pulau Pinang.

Dia dilaporkan pengsan sebelum meninggal dunia dan sebelum itu cuba membantunya namun gagal ketika insiden berlaku pukul 6.54 pagi.

Mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk ujian post mortem.

Menurut pengarah media dan publisiti APMG Loganath Veloo, Shcherbinin bermain bola sepak untuk Kharkiv Masters lelaki bagi kategori umur 55 ke atas.

APMG

Artikel Sebelum

"Manchester United boleh 'hidup' tanpa Pogba"

Artikel Berikut

Lebih Artikel