suria

"Dia tidak sekacak saya" - respon Ronaldo mengenai perbandingan dengan Messi

Perbandingan antara Ronaldo (kiri) dan Messi (kanan) bukanlah perkara baharu dalam arena bola sepak global. FOTO: Getty/Goal.com

PERNAHKAH anda terfikir bagaimana respon pemain sensasi Cristiano Ronaldo setiap kali dirinya dibandingkan dengan seteru utamanya Lionel Messi?

Perkara itu kini bukan lagi satu rahsia apabila ia didedahkan menerusi buku How To Be A Footballer yang dihasilkan oleh bekas penyerang England, Peter Crouch, baru-baru ini.

Menerusi buku itu, bekas pemain Red Devil, Rio Ferdinand ada berkongsi mengenai reaksi Ronaldo setiap kali dia dibandingkan dengan Messi.

Dua pemain ini juga mempunyai persamaan iaitu masing-masing merangkul lima kali anugerah Ballo d'Or.

"Rio Ferdinand selalu bercerita bagaimana Ronaldo akan berdiri telanjang di hadapan cermin dan berlari dengan tangannya terangkat sambil berkata 'Wow, aku sangat kacak!'"

"Pemain United yang lain biasanya akan mengapi-apikan Ronaldo mengenai kehebatan Messi.

"Dia dia akan mengangkat bahu lantas berkata Messi tidak sekacak dirinya," ujar Peter sewaktu mengimbas kembali perkongsian Rio Ferdinand mengenai kisah itu.

Perbandingan antara dua pemain itu bukanlah perkara baharu dalam arena bola sepak global.

Malah, Messi dan Ronaldo juga sudah merangkul lima anugerah Ballons d'Or sepanjang kerjaya mereka.- SoccerLaduuuuuma.

Cristiano Ronaldo, Lionel Messi

Artikel Lain