suria

Kasut Emas Piala Dunia belum puaskan hati Kane

HARRY Kane bakal menerima Kasut Emas Piala Dunia di hadapan 90,000 peminatnya di Stadium Wembley.

Namun kapten England itu tidak mahu berpuas hati dengan pencapaiannya dan menganggap masih belum berada di kemuncak.

Enam gol jaringannya ketika aksi Piala Dunia di Rusia Jun lalu menjadikannya antara pemain yang berprofil tinggi.

"Saya yakin boleh melakukan lebih baik lagi pada Piala Dunia jika sudah sempurna.

"Memang ia sesuatu yang hebat, saya menjaringkan gol dan paling penting saya yakin boleh melakukan lebih baik...dalam pergerakan, penyudah. Ia sebahagian daripada pembelajaran.

"Kasut Emas Piala Dunia membuktikan saya sudah melakukan yang terbaik, sangat teruja.

"Banyak lagi yang perlu dibuat dan saya sudah berada di tahap yang tinggi," jelasnya.

Bintang Spurs itu juga enggan dibandingkan dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

"Saya telah beritahu sebelum ini bahawa mereka telah diletakkan standard dalam bola sepak lebih 10 tahun atau lebih.

"Jadi berjaya menjadi penjaring terbanyak pada Piala Dunia sangat membanggakan.

"Tetapi saya belum rasa sudah berada sebaris dengan mereka. Sasaran saya adalah untuk lebih baik," katanya.

Harry Kane, England

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain