suria

Pekerman letak jawatan jadi jurulatih Colombia selepas dua bulan Piala Dunia berakhir

Pekerman menjadi calon untuk kekosongan jawatan sebagai jurulatih skuad Mexico atau Argentina. - Comu Tricolor

JOSE PEKERMAN meletak jawatan sebagai pengurus Colombia dua bulan selepas membawa pasukan negaranya ke skuad 16 terbaik Piala Dunia di Rusia, menurut kenyataan Persekutuan Bola Sepak Colombia (FCF) pada Selasa.

"Selepas mengadakan pertemuan dengan Jose Nestor Pekerman, dia meluahkan hasrat untuk tidak meneruskan khidmat sebagai jurulatih negara.

"Kami di FCF berbangga kerana berharap kepada jurulatih tersebut untuk melayakkan pasukan negara ke Piala Dunia di Brazil pada 2014 dan di Rusia pada 2018," menurut kenyataan ringkas FCF tersebut.

Pekerman yang mengambil alih skuad itu pada 2012 dijangka tidak meneruskan khidmatnya selepas kempen Piala Dunia berakhir dengan kekalahan penalti daripada England.

Dia kini menjadi calon untuk kekosongan jawatan sebagai jurulatih skuad Mexico atau Argentina iaitu negara kelahirannya.

Jurulatih interim, Arturo Reyes akan mengetuai Colombia dalam persaingan menentang Venezuela di Miami pada Jumaat dan Argentina di New Jersey empat hari kemudian. - Reuters/Eurosport

José Néstor Pékerman

Artikel Lain