suria

Vardy gantung but aksi antarabangsa England

PENYERANG Leicester City Jamie Vardy mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa.

"Secara jujur, keputusan tersebut telah bermain-main di fikiran. Saya bukan lagi makin muda dan anda boleh lihat, untuk adil, dia (pengurus) mahu lebih pemain muda, dan telah dibuktikan kesannya ketika aksi Piala Dunia - kami mara ke separuh akhir dan berada di tempat keempat.

"Jadi saya beritahu kepada Gareth Southgate (pengurus England), bahawa ini masa yang sesuai, lebih-lebih lagi dengan cara yang dia mahukan, untuk membawa lebih ramai pemain muda di peringkat antarabangsa," ujarnya kepada Guardian.

Vardy,31, mula menyarung jersi England pertama pada tahun 2015 ketika aksi bertemu Republik Ireland.

Dia ketika itu mengambil alih posisi Wayne Rooney dan menjaringkan gol pertama negara dan turut membantu kemenangan 3-2 ke atas Jerman.

"Saya sudah berbincang dengan Southgate selepas Piala Dunia (Jun), dan dia berikan masa untuk berfikir semula.

"Tetapi saya tidak mengubah keputusan ini," tambahnya.

Untuk rekod, Vardy mencatat 26 kap untuk Engladn dan melakar tujuh gol keseluruhannya.

Jamie Vardy, England

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain