Penantian 24 tahun emas antara regu Malaysia berakhir - Sukan | mStar

Penantian 24 tahun emas antara regu Malaysia berakhir

Ketua Kontinjen negara (CDM) ke Sukan Asia 2018 Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (depan tengah) meraikan pasukan sepak takraw negara yang meraih pingat empat keempat negara selepas berjaya menewaskan pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir acara antara regu pada Sukan Asia Ke-18 di Bandar Sukan Jakabaring hari ini. Malaysia menang dengan mata 21-18, 22-20 dan 21-11.-Bernama

PALEMBANG: Trio negara bagi acara antara regu menamatkan kemarau emas  selama  24 tahun Malaysia selepas  menumbangkan pasukan tuan rumah Indonesia 2-1, pada final di temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang yang berlangsung pada Selasa.

Walaupun berdepan sorakan ribuan penyokong tuan rumah yang membanjiri Ranau Hall, Bandar Sukan Jakabaring, skuad negara ternyata mampu menguasai emosi untuk mempamerkan aksi bertenaga sebaik  perlawanan bermula.

Set pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun regu negara yang dibarisi Muhammad Zulkifli Abd Razak selaku tekong, Farhan Adam (pegumpan) dan Mohamad Azlan Alias (perejam) melakukan sedikit kesilapan pada penghujung set yang pantas dimanfaatkan regu Indonesia untuk menang 21-18.

Menyedari mereka perlu menang untuk memastikan harapan menggenggam emas terus menyala, trio negara yang pada satu ketika ketinggalan 11-17 memaksa pasukan Indonesia berhempas-pulas untuk bertahan sebelum akhirnya menundukkan mereka dengan catatan 22-20, sekali gus mengheret  perlawanan ke set penentuan.

Pada set penentuan, regu negara dilihat lebih bersedia dan berjaya menahan asakan demi asakan regu lawan untuk menundukkan Indonesia 21-11

Malaysia pernah memenangi pingat emas acara terbabit sebanyak dua kali iaitu pada Sukan Asia 1990 di Beijing, China dan edisi 1994 di Hiroshima, Jepun.

Kejayaan trio sepak takraw hari ini bermakna kontinjen negara menambah satu lagi pingat emas dalam koleksi menjadikan empat emas setakat ini  dan perlu memburu tiga lagi untuk mencukupkan tujuh pingat emas yang menjadi sasaran kontinjen negara pada Sukan Asia ke-18 ini.

Sementara itu, ketua jurulatih, Abdul Talib Ahmad bersyukur dengan kejayaan tersebut dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menyiapkan pasukan sebelum datang ke temasya ini.

“Saya sendiri menitis air mata apabila melihat kejayaan yang dilakar skuad negara selepas begitu lama Malaysia tidak memenangi pingat emas dalam acara itu.

“Dalam perlawanan tadi, saya melihat komitmen pemain berada pada tahap tertinggi, mereka memberikan yang terbaik untuk negara,” katanya kepada Bernama selepas perlawanan itu.Abdul Talib berkata sekalung penghargaan buat semua rakyat Malaysia yang tidak henti berdoa untuk melihat kejayaan skuad sepak takraw negara.

“Selain itu, saya juga berterima kasih kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia, Majlis Sukan Negara dan kepada Institut Sukan Negara yang berganding bahu menaikkan prestasi skuad negara,” katanya.- Bernama

Sepak Takraw regu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain