suria

Pique tunggu kedatangan Pogba

PEMAIN pertahanan Barcelona, Gerrard Pique amat mengalu-alukan kedatangan Paul Pogba ke Nou Camp jika pemain kebangsaan Perancis itu tekad meninggalkan Manchester United.

Kelab di Sepanyol mempunyai tempoh sehingga hujung bulan ini untuk membawa masuk muka baharu dan Barcelona dikaitkan dengan Pogba selepas pemain itu memberitahu dia tidak gembira di Old Trafford.

Lebih memburukkan lagi keadaan hubungan Pogba dan Jose Mourinho kembali tegang baru-baru ini.

"Kami gembira jika dia dapat datang ke sini.

“Tidak banyak yang saya tahu mengenai apa yang dilaluinya di Manchester dan isu perhubungan yang berlaku antara dia dan juga Mourinho.

“Pogba seorang pemain yang amat bagus, namun dia pemain Manchester United dan kita lihat jika sesuatu berlaku pada masa depan," kata Pique.

Awal bulan ini, pemain berusia 25 tahun itu berkata dia bimbang akan didenda jika bersuara mengenai hubungannya dengan Mourinho.

Barcelona membeli empat pemain pada musim panas ini termasuk pemain tengah Arturo Vidal.

Paul Pogba, Gerrard Pique

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain