Sila hormat! Mourinho bertikam lidah dengan wartawan - Sukan | mStar

Sila hormat! Mourinho bertikam lidah dengan wartawan

JOSE Mourinho bertikam lidah dengan wartawan semasa sidang media pasca perlawanan susulan kekalahan 0-3 di tangan Tottenham Hotspur dan meminta dirinya dihormati oleh media British.

Pengurus Manchester United itu tampil mempertahankan dirinya dengan menegaskan dia berjaya mencipta rekod kemenangan tiga kali pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semasa dua musim bersama Chelsea.

Malah dia menegaskan pretasinya lebih baik berbanding pengurus lain di England.

"Adakah anda tahu keputusan perlawanan. 3-0, 3-0. Adakah anda tahu apa maksud itu?

"3-0. Ia juga bermaksud, 3 gelaran juara EPL dan saya memenangi lebih kejuaraan EPL berbanding 19 pengurus lain.

"Tiga untuk saya dan dua untuk mereka.

"Sila hormat," katanya.

Pada perlawanan itu, Harry Kane menjaringkan dua gol manakala satu lagi gol oleh Lucas Moura.

Dengan kemenangan itu Spurs kini menduduki tangga kedua dengan sembilan mata.

Kekalahan kedua berturut-turut itu memberi lebih tekanan kepada jurulatih Portugal berkenaan apabila United kini mengekori Spurs, Liverpool dan Chelsea dengan perbezaan enam mata serta empat mata di belakang juara bertahan, Manchester City.

Jose Mourinho , Manchester United

Artikel Sebelum

Pique tunggu kedatangan Pogba

Artikel Berikut

Rafiq cipta sejarah tuai emas Masters

Artikel Berkaitan

Artikel Lain