Kim Swee akui jurang Malaysia dan Jepun kecil - Sukan | mStar

Kim Swee akui jurang Malaysia dan Jepun kecil

BEKASI: Pengendali skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui Jepun adalah pasukan yang lebih baik pada aksi peringkat 16 pasukan terbaik Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang yang berlangsung di Stadium Patriot Chandra di sini, Jumaat malam.

Bagaimanapun, beliau berkata pasukannya hanya tidak bernasib baik selepas menampilkan disiplin tinggi ketika bertahan untuk menyerap segala serangan ‘Samurai Biru' selain berpeluang mencemaskan gawang gol lawan menerusi beberapa gerakan menarik.

ARTIKEL BERKAITAN: Sukan Asia: Malaysia tewas tipis 0-1 kepada Jepun

“Sebelum perlawanan, kami tahu Jepun adalah pasukan yang kuat dan memiliki banyak pilihan untuk melakukan serangan. Corak permainan mereka berbeza semasa menentang Vietnam berbanding dengan Malaysia.

“Walaupun kami mampu bertahan sehingga minit ke-87 namun mereka tidak mengalah.

“Kami dihukum kerana gagal melakukan penyudah dan malang tidak dapat bertahan sehingga waktu tambahan,”  katanya  pada sidang media selepas perlawanan itu pada Jumaat malam.

Jepun menang tipis ke atas Malaysia 1-0 dalam perlawanan penuh dramatik yang menyaksikan sepakan penalti pemain gantian, Ayase Ueda pada minit ke-88 menjadi pemusnah impian negara untuk mara ke peringkat suku akhir.

Mengulas lanjut, Kim Swee berkata hanya sedikit perbezaan memisahkan antara anak buahnya dengan skuad kendalian ketua jurulatih, Hajime Moriyasu.

“Mereka lebih hebat tetapi kami tetap memberi saingan sengit dan akhirnya tahap kami tidak begitu jauh dalam perlawanan peringkat umur. Kita perlu berusaha lebih gigih,”  katanya.

Terdahulu, Malaysia mara ke pusingan kalah mati selaku juara Kumpulan E selepas meraih dua kemenangan termasuk mengejutkan juara bertahan, Korea Selatan 2-1 dalam aksi kedua kumpulan sebelum tewas 2-3 kepada Bahrain dalam perlawanan terakhir. - Bernama

Ong Kim Swee

Artikel Sebelum

Wright takut kalau Xhaka dapat bola

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain