Zidane mahu jadi pengurus Manchester United jika Mourinho dipecat - Sukan | mStar

Zidane mahu jadi pengurus Manchester United jika Mourinho dipecat

Zinedine Zidane (kiri) dan Jose Mourinho. Foto ramlengchinmi

ZINEDINE Zidane memberitahu rakan-rakannya bahawa dia menjangkakan ditawarkan sebagai pengurus Manchester United sekiranya Jose Mourinho dipecat.

Mourinho menghadapi ujian terbesar dalam menggalas tanggungjawab di Manchester United selepas kemelut pada musim panas yang menyebabkan konflik dengan ketua Old Trafford, Ed Woodward dan pemain, Paul Pogba.

Pengurus pasukan berusia 55 tahun kini menghadapi perlawanan penting di kandang sendiri bertemu Tottenham pada malam Isnin lalu di saat beliau cuba menangani masalah semasa di Manchester daripada terus krisis yang amat besar.

Namun, Manchester United secara terbuka menyokong Mourinho dan menafikan spekulasi mengenai Zidane akan menggantikan beliau.

"Kenapa kita membincangkan mengenai dia (Zidane) sedangkan tiada kekosongan jawatan?," kata seorang sumber kanan awal minggu ini.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa pengurusan tertinggi di Old Trafford menyedari terdapat keperluan untuk pelan kontingensi sekiranya kedudukan Mourinho semakin tergugat.

Sementara itu, Zidane percaya beliau adalah calon utama untuk mengambil alih jawatan tersebut.

Malah, beliau memaklumkan perkara itu kepada rakan-rakannya bahawa beliau amat berminat untuk menguruskan Manchester United. - Mail Online UK

Zinedine Zidane , Jose Mourinho

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain