Malaysia sedia berjuang sehingga penentuan penalti - Sukan | mStar

Malaysia sedia berjuang sehingga penentuan penalti

Gambar oleh Bernama.

JAKARTA: Pengendali skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee sudah bersedia sekiranya pertembungan antara Malaysia dan Jepun pada aksi peringkat 16 terbaik acara bola sepak Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang berlanjutan sehingga ke penentuan sepakan penalti.

Bagaimanapun, Kim Swee menjelaskan ia bukan petanda bahawa beliau akan mempertaruhkan strategi bertahan sehingga minit ke-120 untuk sekali lagi melakar kejutan dalam temasya itu.

Katanya, Jepun mempunyai strategi yang lebih rapi dalam merencanakan serangan berbanding pasukan yang ditewaskan barisan pemainnya dalam saingan Kumpulan E iaitu Korea Selatan.

“Pasukan perlu bersedia untuk bermain sehingga ke masa tambahan dan juga penentuan sepakan penalti. Kita juga ada melakukan latihan tersebut selepas aksi dengan Bahrain.

“Kita tahu pasukan Jepun lebih tersusun dari segi perancangan dan Korea Selatan pula mempunyai bintang-bintang yang boleh melakukan apa sahaja. Apa yang penting kita harus fokus terhadap apa yang ingin dilakukan dan pada masa sama bukan memikirkan hanya bertahan, tetapi kita perlu mendapatkan gol untuk mencapai kemenangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media Malaysia pada sesi latihan rasmi skuad negara di Padang B Stadium Gelora Bung Karno di sini, Khamis.

Sementara itu, berita gembira buat pasukan negara apabila Kim Swee mengesahkan penyerang, Muhammad Akhyar Abdul Rashid kini kembali berlatih seperti biasa selain mengakui bakal membariskan kesebelasan terbaiknya pada perlawanan pada Jumaat.

“Akhyar sudah mula berlatih hari ini dan kita akan lihat sejauh mana beliau boleh bermain esok.  

“Sudah tentu saya akan menurunkan pasukan terbaik di mana kita bermain dengan Jepun dan bukannya pasukan biasa,” tambahnya.

Aksi Malaysia berdepan Jepun akan berlangsung di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi dan sekiranya anak buah Kim Swee berjaya melepasi cabaran skuad ‘Samurai Biru' itu, menanti mereka di suku akhir adalah antara Arab Saudi dan China. - Bernama

Sukan Asia 2018

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Europa

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain