suria

Zidane calon ideal ganti Mourinho

BEKAS pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane merupakan calon ideal untuk menggantikan Jose Mourinho di Manchester United.

Itu merupakan pendapat legenda Red Devils, Lee Sharpe yang percaya Zidane akan melakar kejayaan di Theatre of Dreams.

Mourinho menyertai United pada 2016 dan menandatangani kontrak lanjutan pada Januari lalu tetapi masa depannya di Old Trafford kini mulai samar.

Hubungan Mourinho dengan Ed Woodward mulai dingin susulan kekalahan United di tangan Brighton, hujung minggu lalu.

Sharpe yang memenangi tiga trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan dua Piala FA bersama United berkata:"Saya fikir Zidane calon ideal.

"Dia bermain di peringkat tertinggi, menguruskan kelab di peringkat tertinggi dan cemerlang dalam kedua-dua bidang.

"Dia nama besar yang boleh menangani tekanan dan segala persoalan mengenai pengurusan sebuah kelab besar, jadi saya fikir dia paling layak," katanya.

Meskipun kekalahan mengejut di tangan Brighton, Mourinho masih yakin dia akan mendapat sokongan penuh daripada lembaga pengarah United.

United perlu bangkit menebus kekecewaan mereka menjelang pertemuan dengan Tottenham Hotspur di gelanggang sendiri, Isnin depan.

Zinedine Zidane, Jose Mourinho

Artikel Lain