suria

Kutuk Real Madrid, Ramos 'serang' Ronaldo

SERGIO Ramos mengkritik Cristiano Ronaldo selepas bekas rakan pasukannya itu menganggap skuad Juventus lebih bersifat ’keluarga’ berbanding Real Madrid.

Ronaldo memuktamadkan perpindahan bernilai 99.2 juta pound sterling ke kelab gergasi Itali itu pada jendela perpindahan pemain yang ditutup Khamis lalu.

Namun pemain kebangsaan Portugal itu mengkritik bekas kelabnya apabila ditanya mengenai keputusannya untuk meninggalkan Santiago Bernabeu.

“Ia adalah kelab besar di Itali dan salah sebuah kelab hebat di dunia, jadi ia keputusan mudah. Ia amat berbeza di sini, ia seperti keluarga,” kata Ronaldo.

Ketika ditanya mengenai komen Ronaldo, Ramos berkata pemain Real Madrid juga amat rapat antara satu sama lain.

“Di sini kami seperti sebuah keluarga, jadi saya tidak tahu apa dia katakan.

“Kami ada banyak kejayaan kerana kami adalah sebuah keluarga dan dia juga pernah menjadi sebahagian daripada keluarga ini.

“Ia amat negatif apabila anda kehilangan pemain seperti Cristiano Ronaldo tetapi kami berusaha untuk terus menang dan sejarah Real akan datang dan pergi tetapi Real terus mencipta kemenangan.

“Tiada siapa boleh mengatasai Real Madrid, apa sahaja berlaku Real Madrid akan terus hidup dan ia keputusannya untuk pergi.

“Keputusan itu bukan diputuskan saya tetapi pintu sentiasa terbuka untuk mereka yang mahu menjadi sebahagian daripada keluarga Real Madrid,” katanya.

Sergio Ramos, Cristiano Ronaldo

Artikel Berikut

Ronaldo keluar hospital

Artikel Lain